Sha-Lis@lias's FotoPage

By: Intan Jufflisa Alias

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Sunday, 28-Oct-2007 06:54 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428H

view dari atas
view dari dining hall
our living room
View all 25 photos...
Dah lama tak update FP ni. Tak menyempat2. Tapi apapun, ni 1st entry utk tahun 2007 (heheh..), masa Hari Raya Aidilfitri 1428H (13/10/2007).

Raya tahun ni, hm...ramai relatives tak balik beraya kat kampung Terengganu. Masing2 beraya di keluarga mertua. Raya pertama just ade a few families je. Tok Ayah, Ma, Che Nah, Che Aini + family, Abg Ja + family, Ayah Zis + family, Ayah Yas & Auntie Yati. Che Zam, Abg Man, Uncle Sham etc seme tak balik Trg tahun ni. Tak cukup korum la. Biasa every year raya mmg camtu. Tak pernah cukup. Tapi takpe, masih boleh beraya, still..

Raya pertama, kat umah Bkt Depu buat Nasi Minyak as the main course. The rest semua kek n kuih muih biasa je. Then kat umah Tok Ayah ade buat nasi dagang n satay. Mcm biasa, semua ke rumah Tok Ayah dulu kat Cherong Lanjut, n then ke rumah Ayah De Man di Batas Baru. Agenda petang lak, selalu2 rumah Bkt Depu tapi tahun ni turn rumah Ayah Zis & Auntie Zawiyah lak kat Chendering. Pun buat nasi minyak gak (tapi cook lain la, hehe). Then lepak sampai lepas Maghrib off to my house. Then Ayah Yas & Auntie Yati's (sebelah umah je). Kat umah A.Yas ade lontong (sedap gilerr..), ketupat & rendang. Tapi yg tak bestnye, tiramisu cheese cake takde lak tahun nie. uhuhuhuh.. diganti ngan blueberry cheese cake & Sarawak layer cake. Last2 budak2 ni semua pakat lentok ramai2 kat atas sofa empuk.. u huuuu.. Then, Papa lak buat demonstrasi mercun roket kat luar rumah. wahhhh... nasib baik takde skuad peronda malam tu. kehkehkeh..

Then the next2 day, takde ape sgt la. I attended a BBQ party & a 'open house' of a few old school friends. Then we all had a nice tea break kat Secret Recipe (i tell u, kat KT dah ade Secret Recipe, terletak di area Ladang berdekatan Hotel Grand Continental nunn). Best best.. Ramai je org KT makan kat situ

Lain2, hmmm.. raya kali ni rasa 'lain' sikit. i dun know laa..



Thursday, 30-Nov-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kenarianz

My Kenarianz
another one.. hihi
My one and only.. Kenarianz..


Friday, 30-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
..Bukit Tinggi Getaway..

..nampak tak bayang2 Colmar de Tropicale tu?..
..kami check-in di BTGR..
..dari balkoni apartment, ini Horse Trails..
View all 30 photos...
Akhirnya, tercapai juga hasrat nak bercuti di Bukit Tinggi, Pahang pada 22-24Dec baru2 ni. Konon2 sebagai acara riadah penutup tahun 2005. Bersama kawan2 satu kolej, kitorang rent apartment kat Meranti Park utk 2 malam. Antara tpt2 yg dilawati : Horse Trail, Bkt Tinggi Golf Resort, Rabbit Park, Colmar de Tropicale, Japanese Village & Botanical Garden. Mmg cantik tpt2 nie.

Day 01
Sampai ke Meranti Apartment around kol 4petang. Rehat2 dulu sepanjang petang. Masak utk makan malam. Ade sup ayam n nasi putih je. Balkoni apartment betul2 mengadap Horse Trails yg berada di bawah. Boleh nampak kuda2 yg berlari2 dlm kandang. Scenery dari atas mmg cantik. Malam baru start keluar. Kitorang gi main bowling kat Bkt Tinggi Golf Resort Club House. Sempat main 1 game je sbb bowling alley tu nak tutup. Kat Club House tu ade kolam renang, tpt main pool, bowling alley, badminton court, pingpong & snooker.

Day 02
Terus amik lunch utk sarapan (..huhhh??..). Nasi putih, sup ayam & sayur goreng. Melawat Horse Trails, bermesra dgn kuda2 yg ade di situ. Ade beberapa ekor tu yg suka nak gigit2. Hampir meragut baju i, tak kuasa u... Dalam kandang tu ade 3 ekor kuda yg bewarna kuning keemasan. Cantik sgt2. Macam kuda yg berlakon dalam video clip Mariah Carey, lagu Butterfly tu. Then, we off to Rabbit Park, main2 dgn rabbit yg comel n jinak2 belaka. Tak dapat dilupakan, sempat tgk baby rabbit yg comel gile yg baru berumur 2 minggu tu. Plus berkenalan dgn Adik Irfan, the cute boy. Hehehe.. Then, bergerak ke Colmar de Tropicale. Tpt tu sebenarnya replika kpd the real Colmar yg terletak di Perancis. Even replika je, tapi cantik. Mcm betul2 ade kat overseas. Lepas beberapa jam di Colmar, kami bertolak pulang ke apartment utk berehat. Bila petang, kami keluar lagi utk ke Japanese Village. Time tu tgh hujan. Nampak tak lebat, renyai2 je, tapi bila berada betul2 di tengah hujan, sebenarnya lebat. Cammane tu ehh? Kami terpaksa menunggu dlm kereta di tpt letak kereta di bawah Japanese Village tu sementara menunggu hujan reda. Kereta pengunjung tak dibenarkan naik ke Japanese Village tu, sbb curam. Tunggu punya tunggu, kami decide utk pulang sahaja dan kembali pada esok hari. Kami makan lagi, di BTGR. Kita akan jadi mudah lapar bila berada di tpt2 sejuk camnie. Lewat petang tu, kami ke Colmar sekali lagi, nak melihat suasana malam di sana. Pun cantik.

Day 03 - last day
Last day ni, kitorang kembali ke Japanese Village & Botanical Garden. Titisan air terkena pada muka disebabkan kabus di sekeliling kawasan tersebut. Siap kene bawak payung tu. Tapi kitorang tak lama jenjalan kat Botanical Garden & Japanese Village sbb hari tu ujan renyai2. Jam dah kol 10 pagi tapi rasa cam baru kol 7 pagi. Sejuk & redup jek. I like... . Kami bertolak pulang ke KL lebih kurang jam 2 ptg.

Ape2pun, bagi sape2 yg sukakan scene yg cantik, calm & cool environment, dicadangkan utk bercuti di sini.


Tuesday, 27-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
..Xmas 2005 (Part 2)..

 
 
 
View all 19 photos...
..shots taken at One Utama, Bandar Utama..


Monday, 26-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
..Xmas 2005..

 
 
 
View all 70 photos...
rasa2nya, tahun ni, christmas deco yg paling cantik yg pernah i witness adalah di MidValley Megamall. bertemakan warna putih salji yg sejuk mata memandang, landscape ala2 The Cronicles of Narnia. ditambah dgn persembahan pentas yg bewarna-warni dan bertemakan "masquerade". mysterious costumes, tapi tak keterlaluan. masa menyaksikan persembahan pentas tersebut yg berlangsung lebih kurang 20 minit itu, i rasa choreography dan costume nya amat menarik dan tidak membosankan. i tak dapat nak tengok sampai habis, sbb mengejar masa utk dinner & menemani sepupu yg datang melawat KL. plus, utk mencari2 di sekitar kompleks membeli belah yg terkemuka ini utk mendapatkan shot2 yg dirasakan menarik.


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net